Laman utama Kelab Pidato Perdana
Matlamat & sejarah Kelab Pidato Perdana
Libatkan diri dalam Kelab Pidato Perdana
Senarai 20 cawangan Kelab Pidato Perdana
Kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab Pidato Perdana
Tokoh-tokoh Kelab Pidato Perdana
Anugerah yang diberikan oleh Kelab Pidato Perdana
Berita terkini Kelab Pidato Perdana
Gambar & video kegiatan Kelab Pidato Perdana
Bukti keberkesanan program Kelab Pidato Perdana
Hubungi Kelab Pidato Perdana

Soalan Lazim


Soalan: Mengapa Kelab Pidato Perdana tidak menganjurkan program berbentuk kelas dengan modul-modul mengikut urutan?

Jawapan: Kelas adalah untuk jangka pendek. Kelab adalah untuk jangka panjang. Secara ideal, para pemidato memerlukan wadah latihan jangka panjang untuk memantapkan dan meningkatkan kemahiran sedia ada. Program jangka panjang melibatkan ulangan kegiatan yang sama dari semasa ke semasa, maka urutan menjadi kurang penting. Yang penting, ahli-ahli baru digalakkan membaca buku panduan asas sebelum bermula.


Soalan: Mengapa ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama perlu belajar bersama?

Jawapan: Ini ialah untuk membolehkan ahli-ahli yang berpengalaman untuk membimbing ahli-ahli baru. Ahli-ahli tertentu juga dilantik sebagai Jurulatih dan diberi tugas mengajar dan melatih ahli-ahli. Cara ini dapat menjimat kos mengambil tenaga pengajar dari luar. Yuran KPP hanya untuk membiayai kos operasi. Semua tenaga pengajar berkhidmat atas dasar sukarela.


Soalan: Bolehkan saya mendapat manfaat jika saya tidak dapat menyertai untuk jangka panjang?

Jawapan: Walaupun program KPP dirangka untuk jangka panjang, seseorang ahli boleh mendapat manfaat yang munasabah dalam tempoh 6 bulan jika beliau mengambil bahagian secara kerap dalam tempoh masa ini. Ahli-ahli yang meneruskan keahlian melebihi 6 bulan akan mendapat manfaat yang lebih besar lagi.