Laman utama Kelab Pidato Perdana
Matlamat & sejarah Kelab Pidato Perdana
Libatkan diri dalam Kelab Pidato Perdana
Senarai 20 cawangan Kelab Pidato Perdana
Kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab Pidato Perdana
Tokoh-tokoh Kelab Pidato Perdana
Anugerah yang diberikan oleh Kelab Pidato Perdana
Berita terkini Kelab Pidato Perdana
Gambar & video kegiatan Kelab Pidato Perdana
Bukti keberkesanan program Kelab Pidato Perdana
Hubungi Kelab Pidato Perdana

Sistem Penarafan Kelab Pidato Perdana


Tahap-tahap Penarafan

1. Pemidato Mahir Pangkat 2 (PMP2)
2. Pemidato Mahir Pangkat 1 (PMP1)
3. Pemidato Cemerlang Pangkat 2 (PCP2)
4. Pemidato Cemerlang Pangkat 1 (PCP1)
5. Pemidato Pra-Gemilang (PPG)
6. Pemidato Gemilang (PG)

Tahap PMP2 dan PCP2 boleh dilangkau.


Syarat-syarat Kelayakan

Tahap Jenis Ucapan* Jumlah kemahiran perlu dikuasai drpd 8 kemahiran tahap 1** Jumlah kemahiran perlu dikuasai drpd 8 kemahiran tahap 2** Jumlah kemahiran perlu dikuasai drpd 8 kemahiran tahap 3**

Markah lulus untuk setiap kemahiran
***

Jumlah Ucapan drpd Siri 28 Ucapan
****

Pemidato Mahir Pangkat 2 Tersedia 8/8 - - 80% -
Pemidato Mahir Pangkat 1 Tersedia 8/8 6/8 - 80% -
Pemidato Cemerlang Pangkat 2 Tanpa persediaan 8/8 - - 70% 10
Pemidato Cemerlang Pangkat 1 Tanpa persediaan 8/8 4/8 - 70% 15
Pemidato Pra-Gemilang Tersedia 8/8 6/8 4/8 80% 20
Pemidato Gemilang Tanpa persediaan 8/8 4/8 2/8 70% 25

* Jenis Ucapan

Ucapan tersedia: Sebuah pidato yang mengandungi pesanan untuk para pendengar. (Pesanan = pemidato menyarankan kepada pendengar untuk melakukan sesuatu setelah mendengar pidato itu.) Tajuk pidato adalah bebas.

Ucapan tanpa persediaan: 3 tajuk akan diberi (berkisar pada hal ehwal peribadi, isu semasa dan peribahasa). Ucapan perlu tepat pada tajuk. Pencapaian purata diambil.

Masa yang diberikan
Ucapan tersedia: 5-8 minit
Loceng dibunyikan sekali pada 5 minit menandakan sudah mencapai waktu minimum.
Loceng dibunyikan 2 kali pada 7 minit menandakan ada 1 minit lagi.
Loceng dibunyikan 3 kali pada 8 minit menandakan waktu tamat. Hujah-hujah selepas ini tidak diambil dikira.

Ucapan tanpa persediaan: 2-3.5 minit
Loceng dibunyikan sekali pada 2 minit menandakan sudah mencapai waktu minimum.
Loceng dibunyikan 2 kali pada 2 minit 30 saat menandakan ada 30 saat lagi.
Loceng dibunyikan 3 kali pada 3 minit menandakan waktu tamat. Hujah-hujah selepas ini tidak diambil dikira.

** Kemahiran tahap 1, 2 dan 3
Rujuk buku panduan asas Anda Bisa Berbicara.

*** Markah lulus untuk setiap kemahiran
Setiap kemahiran ditanda "lulus" atau "gagal" sahaja. Markah untuk lulus ialah sekitar 80% atau 70% seperti yang dinyatakan.

**** Jumlah Ucapan daripada Siri 28 Ucapan
Perlu menyampaikan jumlah ucapan yang dinyatakan daripada buku panduan lanjutan Menjelajahi Dunia Pidato Dalam 28 Langkah. Ucapan-ucapan ini disampaikan sebagai sebahagian kegiatan kelab (bukan sewaktu Majlis Penarafan dijalankan).

Di dalam Majlis Penarafan, seseorang calon akan dicalonkan untuk anugerah yang tertentu. Sekiranya beliau tidak berjaya memperoleh anugerah ini, beliau boleh diberi anugerah yang lebih rendah jika berjaya memenuhi syarat-syarat yang berkenaan.


Jawatankuasa Penarafan

1. Jawatankuasa Penarafan terdiri daripada 3 Ahli Jawatankuasa termasuk Ketua Jawatankuasa.

2. Semua AJK Penarafan terdiri daripada ahli KPP. Syarat kelayakan untuk bertugas sebagai AJK Penarafan ialah mencapai tahap Pemidato Mahir Pangkat 1.

3. Jawatankuasa akan mendengar ucapan-ucapan yang disampaikan dan memberi markah secara individu. Setelah calon-calon selesai menyampaikan ucapan, Jawatankuasa akan berunding sebelum mengumumkan keputusan.

4. Untuk sesuatu perkara/kemahiran ditanda "lulus" dalam penilaian bergabung, sekurang-kurangnya 2 daripada 3 AJK mesti menandakan "lulus". Jika calon berjaya tetapi keputusan ini tidak sebulat suara (ada tempat di mana hanya 2 AJK bersetuju), maka beliau diberi kelulusan bersyarat ketika keputusan diumumkan tetapi kelulusan bersyarat dan tanpa syarat tidak dibezakan selepas itu dan sijil yang diberikan adalah sama.